Pusat Internet Kg.Kandis atau dikenali ramai oleh penduduk setempat sebagai PI Kandis. Pusat Internet Kg.Kandis ditubuhkan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). PI ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Pusat Internet Kg.Kandis ini merupakan Pusat Internet Fasa ke 5 yang dikenali sebagai CBL ENHANCEMENT.
Pusat Internet Kg.Kandis ini telah di buka secara rasmi kepada pengguna pada 7 Oktober tahun 2014 di Kampung Kandis dan ia telah dirasmikan pada 15 Mei 2015 oleh Yang berbahagia Dato Illias Bin Hussain selaku Penasihat Pusat Internet Kg.Kandis.
PI ini mula beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari bermula pada hari isnin hingga ahad. PI ini menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan scan, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang terlatih. Dan paling terkini pada tahun ini 2015, PI juga menyediakan perkhidmatan pinjaman 120 netbook kepada pengguna.