SELAMAT DATANG KE NADI KG KANDIS
NADi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan internet, pembelajaran ICT percuma dan sebagainya.
NADi Kg Kandis terletak di antara jalan Tok Bali ke Kuala Terengganu dan mula beroperasi pada Oktober 2014. NADi Kg Kandis menyediakan perkhidmatan kepada para penduduk sekitar Kandis dan sebahagian kawasan Beris Lalang. Kedudukan lokasi NADi Kg Kandis berdekatan jalan utama memudahkan penduduk untuk singgah dan menggunakan perkhidmatan di NADi.
PETUGAS NADi:
Pengurus : MOHD ZAHARI BIN ABDULLAH
Pen. Pengurus : NOR FAKHIRA BINTI NOR ARMAN
Emel : am.kgkandis@gmail.com
OBJEKTIF PENUBUHAN NADi :
a) Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
b) Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.
c) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai perkembangan dunia teknologi maklumat.
d) Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat melalui kemudahan dan program/aktiviti yang dijalankan di NADi.
LATIHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADi Kg Kandis menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang berdaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
a) Pengenalan asas komputer
b) E Rezeki
c) Latihan keusahawanan
d) Asas internet
e) Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
f) E-Learning/E-Tuisyen
Selain itu, NADi Kg Kandis turut menawarkan perkhidmatan lain seperti :
1.Pencetak (hitam/ putih)
2.Pencetak (Warna)
3.Fotokopi
4.Pengimbas
5.Laminate
JUMLAH KEAHLIAN :
Jumlah ahli yang berdaftar di NADi Kg Kandis sehingga Ogos 2023 adalah seramai 1642 orang.