Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah memperkenalkan perpustakaan atas talian yang dikenali sebagai E-Library. E-Library membolehkan pengguna untuk membaca dan meminjam buku (muat turun) untuk 1 minggu dengan pelbagai ciri-ciri secara PERCUMA. Ia mengandungi lebih daripada 4,000 judul buku, termasuk bukuaudio dan video.
E-Library ini dikuasakan oleh OverDrive dan para pengguna boleh memuat turun aplikasi E-Library di Gedung Google Play untuk pengguna Android manakala pengguna Iphone boleh memuat turun di Gedung Aplikasi Apple.
Untuk panduan dan maklumat lanjut, para pengguna boleh tekan link di bawah :
Panduan Menggunakan E-Library PNM
