Kebanyakan wanita tempatan menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan. Untuk mendapatkan modal dan bantuan perniagaan mereka menjadi ahli dalam persatuan amanah iktiar Malaysia .Di Kampung Kandis biasanya setiap hari Isnin perjumpaan ahli Amanah akan diadakan di 2 tempat berasingan iaitu di Kampung Nelayan,Kandis dan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis.
Amanah Ikhtiar Malaysia ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan Amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia. Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan.
Kegiatan Semasa Wanita Komuniti Kandis
|
TARIKH : 10 NOVEMBER 2018 MASA : 8 AM – 1 PM LOKASI : KANDIESZ SUNRISE CHALET AKTIVITI : HARI KELUARGA PERSATUAN WANITA KANDIS |
|
TARIKH : 04 MEI 2018 MASA : 10 AM – 1 PM LOKASI : UMK BACHOK AKTIVITI : BENGKEL KEMAHIRAN DAN STRATEGI DALAM PERNIAGAAN |
|
TARIKH : 29 APRIL 2018 MASA : 8 AM – 1 PM LOKASI : UMK BACHOK AKTIVITI : KONVOKESYEN PESERTA LATIHAN KEMAHIRAN & ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG EMPOWER ECER 2017 |
|
TARIKH : 07 MAC 2017 MASA : 10 – 11 AM LOKASI : PI KANDIS AKTIVITI : PERBINCANGAN BERSAMA KEMAS MENGENAI KELAS MEMASAK |
































































