mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

1. Pantai Kandis

Kampung Kandis merupakan kawasan seluas 26,400 hektar dengan 32 km pantai yang indah. Keseluruhan kawasan ini adalah Tanah Simpanan Melayu, menjadikannya unik dari segi budaya dan warisan. Dikelilingi pesisir pantai, Kampung Kandis mempunyai potensi pelancongan yang tinggi, terutama bagi pencinta alam dan suasana tenang. Gambar yang di ambil oleh petugas NADI Kandis menunjukkan keindahan serta potensi besar kawasan ini sebagai destinasi tumpuan pelawat.

 

 

 

2. Sudara Beach Resort

Sudara Beach Resort terletak di pantai yang tenang menghadap Laut China Selatan, hanya 9 km dari Tok Bali dan 21 km dari Pantai Bisikan Bayu. Resort ini menawarkan chalet selesa dengan Wi-Fi percuma, balkoni menghadap laut, penghawa dingin, kolam renang dan kemudahan lain. Sarapan pagi turut disediakan percuma, bersama kemudahan tambahan seperti kafe dan spa.